TEAM YAYASAN AMANAH MUHSININ PEDULI UMAT SILATURAHIM KE MAK IRAH

TEAM YAYASAN AMANAH MUHSININ PEDULI UMAT SILATURAHIM KE MAK IRAH

7 Просмотров

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

membantu orang lain adalah amaliah amal yang sangat baik dan tinggi nilainya di sisi agama dan hal ini adalah telah di contohkan Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam .

Dalam agama Islam, jelas beliau, bukan sahaja menyebut membantu dari segi kebendaan tetapi juga menjaga kesenangan umat Islam untuk beriman kepada Allah dan melakukan ibadah.

"Ada banyak cara dalam membantu. Walaupun sekadar berdoa atau memberikan senyuman pun sudah dapat pahala apalagi meniatkan ikhlas membantu orang yang terlilit utang sungguh membantu orang yang kesulitan Allah akan memberikan pahala dan mengingat kelak di akhirat kelak kita akan menemui hari kesulitan maka bagi mereka yang membantu orang yang kesulitan Allah swt membebaskan satu kesusahan kesulitan nya di hari akhirat,".

Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam adalah suri tauladan, dimana dalam diri beliau ini adalah memberikan contoh mulia.

Beliau memberi bantuan kepada fakir miskin.

Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam menegaskan

Zakat adalah salah satu bentuk bantuan kepada umat Islam khususnya ketika itu kerana di dalam asnaf zakat ada lapan individu yang layak menerimanya iaitu fakir, miskin, amil, mualaf, riqab iaitu hamba yang mau membebaskan diri, orang yang berhutang, Ibnu Sabil dan Fisabilillah.

Selain itu adalah sedekah. Sedekah adalah sunat manakala zakat itu wajib ditunaikan. Wajib zakat adalah perlu menyampaikan kepada orang yang memenuhi syarat seperti disebut tadi dan tidak semua boleh menerimanya.

Cakupan Pemberian zakat tersebut termasuk kepada golongan anak yatim. Bagi golongan itu terdapat mereka yang miskin dan juga kaya. Kalau anak yatim yang kaya tidak termasuk penerima zakat manakala miskin pula layak menerimanya.

Adakah Di ceritakan dalam al-Quran atau hadis yang menyatakan ketika Rasulullah dicemuh oleh pihak atau individu yang tidak layak menerimanya.

Pada zaman itu, tidak ada cemuhan sama ada orang Islam atau bukan Islam kerana menganggap ia sesuatu perkara yang baik.

Pernah terjadi, di mana Rasulullah didatangi oleh seorang individu yang mengeluh kerana tidak mendapat apa-apa bantuan. Lalu baginda mengarahkan supaya mengambil daripada asnaf zakat jika dia miskin dan layak menerimanya. Kalau dia bukan termasuk daripada golongan itu, Rasulullah akan memberikan bantuan lain selain daripada zakat.

Orang yang membantu orang lain boleh dikatakan ia adalah lebih baik daripada mereka beriktikaf dan berzikir kepada Allah Swt. Hal ini karena setiap orang Islam bertanggungjawab membantu orang yang memerlukan. Sebagai contoh, seseorang itu pergi berjumpa dengan orang lain untuk meminta bantuan karena tiada tempat lain lagi yang boleh dia berbuat demikian untuk mendapatkannya. Maka ia sudah menjadi peringkat wajib kepada orang tersebut untuk membantu orang itu yang berada dalam kesulitan kesusahan.

Kalau seorang Islam yang dipertanggungjawabkan iyatu kerjanya untuk membantu menyalurkan bantuan seperti tugas pegawai kebajikan masyarakat atau pegawai dalam mengagihkan zakat maka dia perlu memberikan kepada orang yang berhak menerimanya.

menolong orang yang dalam kesusahan kesulitan adalah lebih baik daripada berzikir di masjid kerana golongan berkenaan amat memerlukan sesuatu bantuan tersebut dan wajib untuk kita membantunya.

Pada zaman Rasulullah shallallahu alaihi wasallam tidak wujud jabatan atau agensi tertentu kerana bilangan penduduknya tidak ramai. Namun pada zaman Saidina umar al-Khattab sudah wujudkan jabatan atau agensi dalam menguruskan bantuan tersebut untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan.

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam menegaskan siapa yang tidak mau mengambil tahu tentang orang Islam ini, dia adalah bukan daripada umatku. Maknanya peranan kita sesama Islam kena ambil tahu. Begitu juga dalam hadis yang menceritakan Allah melaknat orang yang kenyang sedangkan jirannya berada dalam kelaparan.

Ramai yang tidak memahami konsep ikhlas

Apabila kita membuat sesuatu perlulah dilakukan dengan ikhlas. Katakan dia ikhlas mau memberi kegembiraan kepada orang yang memerlukan bantuan, maka dia berniat kerana Allah. Ada juga orang yang memberi bantuan kerana ingin mendapat nikmat daripada Allah. Apabila seseorang itu dikurniakan kekayaan dan pangkat lalu dia bersedekah kembali kepada mereka yang memerlukan maka ganjaran besar akan diterima di akhirat nanti. Jika dia bersedekah kerana mahu menggembirakan seseorang, niat itupun diterima dapat pahala.

Dalam melakukan berbagai perkara, niat itu penting berikutan segala apa dilakukan hendaklah ikhlas karena Allah swt . Kita boleh dapat pahala dengan sebab menggembirakan orang itu dengan cara yang betul dan mengikut landasan Islam.

Niat untuk membantu dengan bersedekah terhadap kebajikan seseorang itu akan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat karena niatnya untuk memperoleh pahala.
Ссылки и html тэги не поддерживаются


Комментарии: