Ebit Irawan bin Ibrahim Lew, juga dikenali sebagai Ebit Lew (lahir Lew Yun Pau; 21 Disember 1984) merupakan seorang usahawan dan pendakwah Islam Malaysia berbangsa Cina. Beliau terkenal dengan penampilan berjanggut, berkopiah dan berkurta serta pendekatannya menyantuni masyarakat fakir miskin, golongan terpinggir, remaja, dan golongan LGBTQ+. Selain itu, beliau juga dikenali dengan seminar motivasi kekeluargaan